19 Disember 2016 - 07:46

Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 22 lagi dilaporkan cedera akibat serangan ke atas para anggota polis di 3 buah kawasan di Jordan pada hari Ahad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 22 lagi dilaporkan cedera akibat serangan ke atas para anggota polis di 3 buah kawasan di Jordan pada hari Ahad.

7 orang anggota polis, 2 penduduk awam dan seorang pelancong Kanada dilaporkan terbunuh akibat serangan yang dilancarkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di Qatrana dan Karak. Perkara itu dilaporkan oleh penyampai berita CNN yang menukilkan kenyataan salah seorang menteri Jordan.

Pada awal hari yang sama, seorang sumber memberitahu Sputnik bahawa 5 orang termasuk seorang pelancong terbunuh di dalam serangan yang menyasarkan sebuah balai polis dan sebuah bas yang membawa pelancong.

Sumber itu turut memberitahu bahawa serangan itu mungkin dilancarkan oleh sebuah kumpulan pengganas.